Pilihan saya

Pilihan saya

Monday, March 19, 2012

Apa istimewanya Lecithin Shaklee?

Ramai yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan ambil lecithin. Apa dia lecithin ni? Apa istimewanya lecithin Shaklee berbanding yang lain? Jom kita baca!

Lecithin
Emulsifier Semulajadi

Akademi Sains Nasional (The National Academy of Sciences) telah menentukan bahawa kolina adalah penting dalam pemakanan kerana ia meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuro-penghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.

  • Setiap kapsul membekalkan 530 mg lesitin, termasuk 80 mg fosfatidilkolina dan 48 mg fosfatidilinositol
  • Diperolehi secara semula jadi daripada kekacang soya

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kenapa perlu ambil lecithin?

Hujung tahun waktu cuti sekolah begini memang banyak majlis kenduri. Sana-sini ada jemputan makan-makan.  Bila dah banyak makan kenduri ni maklum sajalah dengan segala macam lemak, daging, kolesterol cukup semuanya.  Bagi yang mementingkan kesihatan, jangan ingat  hidup untuk makan aje tau. Sebaliknya kita ni makan untuk hidup, jadi berpada-padalah.

Macamnana nak  buang lemak-lemak ni semua dari badan kita? Shaklee ada Herb-lax yang dapat membantu nyahtoksik badan, juga lecithin untuk pecahkan lemak dan alfalfa untuk angkut lemak-lemak yang dipecahkan tadi keluar melalui sistem perkumuhan.

Kali ini umi nak cerita tentang lecithin. Banyak kegunaan lecithin ni sebenarnya. Apa itu lecithin?

kredit kepada MommyLyna
Lecithin adalah gabungan kolina, inositol dan asid lemak penting yg lain.
FAEDAH LECITHIN
- Membersihkan saluran darah
- Sebagai pengemulsi lemak dalam salue darah semula jadi yang power!
- Mengawal penggumpalan platlet darah.
- Menggalakkan metabolisma lemak.
- Mencairkan lemak – turunkan paras kolesterol.
- Mengelakkan nyanyuk.
- Mencergas dan mencerdaskan otak.
- Menggalakkan penyerapan vitamin ADEK.
- Mengawal kehilangan air oleh kulit.
- Menjaga kesihatan membran sel.
- Menjaga kesihatan saraf.
- Penting dalam penghasilan hormon.
- Untuk rambut yang sihat.

SUMBER MAKANAN YANG TINGGI LECITHIN
- Soya
- Telur
Lecithin Shaklee dibuat dari soya.

SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL LECITHIN?
- Mereka yang nak kurus termasuk ibu menyusu.
- Pesakit diabetes dan buah pinggang.
- Penderita stroke.
- Mereka yang kolesterol tinggi.
- Mereka yang mengalami inflamasi.
- Mereka yang sukar tidur.

KESAN KEKURANGAN LECITHIN
- Rambut gugur
- Tidak dapat fokus dengan baik
- Sering sakit dan mengalami keradangan.

Dapatkan Lecithin Shaklee hari ini. Pastinya yang HALAL sahaja. Harga istimewa untuk pembaca dapuraulad!

Bukan sekadar kuruskan badan...

Banyak kebaikan lecithin Shaklee seperti mana yang pernah saya kongsikan sebelum ini. Antara fungsi lecithin adalah:


1. Membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi.
2. Lecithin  dapat mengawal penggumpalan platlet darah/thrombus.
3. Baik untuk kecerdasan otak.
4. Mengurangkan risiko menjadi nyanyuk apabila kita meningkat tua.
5. Mengekalkan kelembapan  kulit.
6.Mengalakkan penyerapan vitamin  larut lemak (Vitamin A, D, E dan K).Jadi lebih banyak vitamin dapat diserap.
7. Lecithin  merupakan pengemulsi yang bagus. Ia boleh mengemulsikan lemak sebesar bola menjadi bintikan lemak yang lebih kecil.
8. Boleh diumpamakan sebagai pembakar yang membakar lemak dalam badan. Sangat diperlukan  untuk kuruskan badan.
9. Menggalakkan metabolisme lemak dan mencegah hati berlemak. Apabila metabolisme anda meningkat jadi kuranglah lemak tersimpan.Ini juga faktor penting untuk kuruskan badan.
10. Mengawal kolestrol dalam darah.
11. Memberikan kulit yang lebih berseri dan menghilangkan kedutan.
12. Lecithin membantu memperbaiki kerosakan hati yang disebabkan alkohol berlebihan.
Sangat disarankan kepada anda yang sedang mengamalkan diet untuk  menambahkan lecithin bersama diet anda. Hasilnya anda bukan sahaja dapat menguruskan badan malah  ia juga dapat menjaga kesihatan fizikal dan mental anda. 
Saya kongsikan di sini testimoni pengguna yang mengamalkan lecithin dalam dietnya. Jom baca!
Sihat bukan suatu pilihan, tapi merupakan satu kemestian. Pilihlah vitamin semulajadi, tanpa kesan sampingan!

Berjaya turunkan berat badan 5kg dalam masa 2 bulan!

Alhamdulillah saya tumpang gembira baca testimoni kawan-kawan yang dikongsi di FB.  Ada yang berjaya turunkan berat badan sebanyak 5kg hanya dalam masa 2 bulan, ada yang sudah bertukar dari saiz 50 kepada saiz 46 dan macam-macam lagi.



Baca juga yang ini:

Untuk makluman, Shaklee Malaysia pernah mengalami kehabisan stok lecithin baru-baru ni, gara-gara ramai yang ingin mencuba set untuk menurunkan berat badan. Apa istimewanya lecithin? Bole baca sini untuk tahu lebih lanjut tentang kelebihan lecithin, bukan untuk kuruskan badan saja ye!
Anda ingin mencuba? Hubungi saya untuk dapatkan set istimewa ini.

Pentingnya wanita mengambil GLA

Wanita sangat memerlukan supplement bagi memenuhi keperluan nutrien seharian. Maklum sajalah, wanita ni berbeza daripada lelaki. Wanita alami pelbagai kitaran seperti mengandung, kitaran haid, menyusu, menopause dan seumpamanya. Saya nak kongsikan sedikit testimoni pengguna yang amalkan GLA Shaklee. Jom baca!



Antara fungsi GLA:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
kredit

Ramai yang bertanya tentang produk EPO Shaklee, mendorong saya untuk berkongsi tentangnya. EPO atau English Primrose Oil, dibuat dari sejenis bunga bernama English Primrose, sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi. Hinggakan nama EPO disalah-sangka sebagai nutrien macam DHA, EPA, etc. EPO sebenarnya minyak dari bunga english primrose.





Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.



Jadi, apakah perbezaan antara EPO dengan borage oil? Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO. Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.




Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage). Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.

    Resepi ESP - khusus buat ibu menyusu

    Kali ni saya nak kongsikan resepi membuat bancuhan ESP yang sedap.  Seperti mana yang pernah saya kongsikan mengenai milkbooster, saya amalkan mengambil ESP sebagai milkbooster dan ia sungguh mudah, berkesan dan lebih jimat.  Kesimpulannya ESP memang sangat membantu.  Bukan sahaja untuk ibu menyusu, anda yang mengalami tanda-tanda kekurangan protein juga elok amalkan minum ESP ni.

    Jom baca sendiri testimoni ibu-ibu yang mengamalkan ESP:


    Saya sendiri amalkan bancuh 1 sudu besar ESP bersama 3 biji kurma dan 1 cawan susu segar, kisar semua bahan guna blender, sangat sedap dan mengenyangkan.  Boleh juga dibancuh bersama miuman kegemaran yang lain seperti milo, jus buah dan sebagainya.

    Saya salin di sini beberapa resepi bancuhan ESP yang boleh anda cuba untuk mempelbagaikan lagi cara minum ESP.  Antaranya :

    rujukan : http://www.mamafaiz.com/2010/11/bagaimana-nak-bancuh-esp-shaklee.html)
    1. ESP + Air suam
    2. ESP+ Fresh Milk
    3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
    4. ESP + SusuAnmum
    5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
    6. ESP + Nesvita 3in1
    7. ESP + jus twister tropicana ESP
    8. ESP + Ribena
    9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
    10. ESP + Milo/Horlicks
    11. ESP + sirap bandung
    12. boleh juga dibuat aiskrim 
    dan pelbagai cara lagi mengikut kreativiti dan selera anda.  Selamat mencuba ye!

    Sumber protein yang sangat sedap!

    Saya pastikan anak-anak mengambil sarapan sebelum ke sekolah setiap pagi. Sarapan sangat penting untuk memulakan hari kita dengan bertenaga. Saya sendiri kadang kelam kabut juga nak duduk makan sarapan dengan tenang, maklumlah berkejar menyiapkan anak-anak ke sekolah dan juga ke taska.  Tapi sibuk macamana pun saya tetap ambil sarapan walaupun ringkas. Yang penting mesti ada ESP. Apa itu ESP?

    Saya juga ambil ESP sebagai milkbooster. Jika sebelum mengenali Shaklee, saya amalkan minum air longan dan juga soya (kotak) sebagai milkbooster.  Tapi bila dikira-kira semula, kos soya dan air longan jauh lebih mahal berbanding ESP yang boleh tahan sehingga 4 bulan.  Bukan sahaja menjimatkan kos, malah merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

    Jom baca pengalaman mereka yang amalkan pengambilan ESP:

    Jika anda mengalami tanda-tanda kekurangan protein (seperti kulit muka kusam, lesu tak bertenaga), cubalah minum ESP setiap pagi dan malam. InsyaAllah anda akan rasa perbezaannya.

    Kenapa saya sukakan ESP!

    Antara 'hot item' produk Shaklee adalah Energizing Soy Protein atau ringkasnya disebut ESP. Produk ini sangat laris, bukan di kalangan ibu menyusu sahaja malah ramai wanita yang mengambilnya untuk tujuan kecantikan kulit.

    Saya nak kongsikan pengalaman saya dengan ESP, sungguh saya sangat suka produk ini! Biasanya saya ambil ESP ditambah dengan mealshake atau minuman lain seperti milo untuk sarapan. Kemudian saya ambil vitamin asas (vitalea, b complex dan vita C) seperti biasa.  Alhamdulillah saya masih rasa kenyang sehingga waktu makan tengahari.  Kalau sebelum ni, biasanya saya mula melilau cari makanan sementara tunggu waktu lunch. Maklumlah jadi ibu menyusu ni memang cepat rasa lapar.  Kadang saya makan apa sahaja yang ada dalam stok simpanan di pejabat (waktu pejabat) atau lebih haru lagi saya makan jajan yang ada di rumah (konon sorok tak mau bagi anak makan huhu..).

    Yang seronoknya, ada seorang ibu menyusu yang turut amalkan minum ESP ini sebagai milkbooster tapi dia dapat kesan sampingan yang sangat positif iaitu kulit mukanya jadi berseri-seri!  Saya tak dapat nak tunjukkan bukti sebab kawan ni takde blog, dia hanya hubungi saya melalui telefon.



    Saya juga nak kongsi pengalaman ibu lain yang amalkan ESP dan dapat faedah yang sama. Jom kita baca!

    kredit
    sumber: blog Puteri

    saya bukanlah pakar dalam hal- hal breastfeeding ni. ada banyak trial and error saya buat sejak anak pertama. bila tiba anak kedua, pandai la sedikit. lepas tu mula share la dengan kawan- kawan yang nak breastfeeding juga. bila salah amalan saya, salah la juga amalan diaorang haha! tapi yang bagusnya, bila saya yang mula breastfeeding, dapat lah saya share the do's and don'ts tu dengan mereka. kiranya dalam ketaksempurnaan saya melaksanakan penyusuan ni, ada juga lah yang beroleh manfaat. cewah.
    saya ingat hari pertama saya kembali bekerja, saya share minibar rakan saya di opis yang juga mengepam. ketika itu anaknya dah 2 bulan lebih. bila saya bawa susu yang diperah, rakan saya excited sangat, dan cakap "waaaa pekatnyaaaaa.." kebetulan pulak hari tu dapat pam dekat dua botol penuh, lagi la dia excited, "waaa banyakkknyaaa..."
    saya kembang kempis juga la gembira dan bangga haha! terus saya share dengan dia, apa yang saya amalkan untuk dapat susu pekat & banyak. saya share SEMUA! tips, jadual mengepam, jenis vitamin yang saya ambil, dengan contact distributor shaklee saya. lekas- lekas dia order, ikut tips dan jadual. alhamdulillah berhasil juga. tapi kami berdua memang ada masa culas juga mengepam kat opis tu tambah2 waktu sibuk. dan percayalah, banyak mana pun vitamin atau milk booster food kita telan, kalau culas, malas, leka nak pam, minum air, jangan lah harap susu mencurah- curah yer. mencurah air ke daun keladi mungkin- haha tak relevan.jadi, saya share kat sini, apa yang saya makan, minum dan buat untuk tatapan semua (eceh semua, macam ramai je ahaha):


    saya minum energizing soy protein 2-3 kali sehari
    saya ambil vitalea, vitamin c, b- complex, dan alfalfa ikut jadual
    saya tambah lagi dengan ostematrix sebelum tido
    inilah yang saya buat sejak 6 bulan yang lepas. ada hari2 saya terlupa juga, atau ada hari yang susu banyak (hari cuti, hari yang relax happy, tenang) saya kurangkan alfalfa & ESP (mainly because nak jimat cermat ahaks).
    jika orang bertanya, boleh ke tidak ambil alfalfa saja, saya memang cakap tak boleh. pasal apa? pasal nanti bila badan letih, lesu, stress dan takde sokongan multivitamin, vitamic c dan b-complex, sebotol alfalfa pun tak dapat membantu. saya tak berani jamin pasal saya tak buat gitu hehe. dan ESP ni ramai yang bertanya juga. ini bonus yang saya dapat selepas 6 bulan minum ESP, selain untuk maintain milk supply
    - warna kulit muka lebih sekata, jerawat jarang sekali muncul these days...
    - firmer body, i lost inches- protein helps to firm up body FYI
    Best kan? Bukan satu, atau dua malah banyak faedah dan kebaikan amalkan ESP ni. Jom ibu-ibu!

    Sunday, March 18, 2012

    Vitamin B Complex

    Ada yang kata makan vitamin B complex boleh menggemukkan? Ya, jika anda ambil vitamin tersebut sebelum makan kerana ia membantu penghuraian karbohidrat kepada glukosa dan tenaga. Kekurangan unsur B1 (salah satu komponen dalam vitamin B complex) akan menyebabkan gula dan karbohidrat ini hanya tersimpan di dalam badan, jika dibiarkan keadaan ini berterusan ia boleh menyebabkan berat badan bertambah dan masalah kegemukan.

    Jadi, sebaiknya ambil vitamin B complex ini selepas makan ye.  Jom kita kenali komponen-komponen dalam vitamin B complex!

    kredit
    Thiamin digunakan untuk metabolisma tenaga. Thiamin memberi bau kurang enak pada vitamin B.

    Riboflavin juga terlibat dalam metabolisme tenaga. Roboflavin memberikan warna kuning pada urine.

    Niasin adalah sebahagian daripada ko-enzim yang digunakan pada metabolisme tenaga.

    Asid Pantothenic juga co-enzim yang mempunyai peranan dalam metabolisme tenaga.

    Pyrodoxine membantu asid amino dan untuk metabolisme asid lemak serta pembentukan sel darah merah.

    Biotin pula terlibnat ko-enzim dalam metabolisme tenaga, lemak, pembentukan glikogen dan metabolisme asid amino.

    Folat/asid folik mempunyai peranan penting dalam pembentukan sel baru. Oleh itu tidak hairan folat/asid folik penting untuk ibu hamil dan menyusu.

    Cobalamin, yang memainkan peranan dalam pembentukan sel baru, sel saraf dan membantu untuk memecahkan asid amino dan asid lemak.

    Vitamin B Complex yang terbaik adalah yang mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B. Vitamin B adalah larut air dan tidak disimpan di dalam badan. Jadi untuk anda yang sering keletihan, B complex adalah saranan terbaik untuk anda.

    Dari maklumat nutrisi yang saya baca, unsur cobalamin sangat penting untuk bantu kita supaya tidak nyanyuk, elakkan kecelaruan fikiran.